Sunday, January 14, 2007

FILEM DAN CITA-CITA SEKULAR

Dunia perfileman tahun 2006 ditamatkan dengan filem ‘Cinta’ dan ‘Cicakman’. Kedua-dua filem ini dilihat membawa dimensi baru dalam dunia perfileman Malaysia khususnya filem Melayu. Mungkin paling menarik untuk dibincangkan ialah filem ‘Cinta’. ‘Cinta’ memperlihatkan dimensi filem melodramatik Melayu yang berpusing 180 darjah daripada kebiasaan filem melodramatik Melayu. Filem melodramatik Melayu seringkalinya ‘memaksa-maksa’ untuk memeras simpati dan dipenuhi dengan pertengkaran suami isteri, keluarga, kekasih yang klise dan membosankan. Tetapi ‘Cinta’ memaparkan kehidupan cinta pasangan-pasangan daripada pelbagai latarbelakang usia, kelas sosial, dan perasaan melalui pergerakan kamera yang amat fotografik sifatnya. Ia bagai menjadikan mata penonton bergerak dari satu foto kepada satu foto, tanpa memaksa sebarang emosi untuk menerima atau menolak. Pergerakan fotografik filem ‘Cinta’ ini merakamkan kenyataan atau realiti kehidupan seharian masyarakat Melayu bandar di Kuala Lumpur, melalui perjalanan perasaan cinta dan kasih sayang yang platonik. Kehidupan dilihat dari sudut yang paling ‘organik, sentimental dan romantis’ – divisualisasikan melalui kaca sebuah kamera yang tidak memaksa sebarang emosi dan fikiran untuk memberikan sebarang hukuman terhadap kehidupan.

‘Cinta’ ternyata adalah sebuah filem yang cukup indah dari segi pelayaran emosi dan seni fotografiknya. Sentuhan Khabir Bhatia dan skrip Mira Mustafa serta ARA menjadikan ‘Cinta’ sebagai pengucapan filem dalam bentuk ‘art of verisilimitude’. Verisilimitude adalah konteks seni yang menampilkan seniman atau karyawan melukiskan kenyataan atau hakikat dunia ini sedekat atau serupa mungkin supaya ia bukan sahaja kelihatan benar atau seperti sebuah kenyataan tetapi cuba menjadi kenyataan itu sendiri. ‘Cinta’ cuba berada dalam ruang verisilimitude ini; memaparkan wajah masyarakat Melayu bandar dan kehidupan budaya mereka. Dari sisi yang lain, ia merakamkan etnografi masyarakat Melayu bandar melalui gerakan fotografik tersebut.
Namun, apakah benar ‘Cinta’ merakamkan kenyataan dan kehidupan sebenar masyarakat Melayu, dalam konteks etnografi masyarakat Melayu? Jika diteliti, ‘Cinta’ mempunyai kecenderungan untuk ‘mempropagandakan’ bagaimana masyarakat Melayu itu harus hidup dalam konteks Malaysia seperti yang dicita-cita oleh golongan tertentu. ‘Cinta’ menggambarkan nilai-nilai baru dalam masyarakat tradisional yang ditransmigrasi oleh persekitaran bandar pada hari ini. Maka ‘Cinta’ boleh dilihat sebagai sebuah filem saeculum iaitu filem yang bercerita tentang peristiwa atau kehidupan pada hari ini, ‘now’ and ‘present’. Saeculum melibatkan apa yang disebut sebagai peristiwa yang berlaku pada hari ini (contemporary events) dalam dunia manusia yang dipengaruhi oleh budaya kehidupan, realiti persekitaran dan konflik kehidupan. Lokasi yang dibawa dalam makna saeculum ialah dunia nyata pada hari ini, yang logik dan alamiah (natural) tanpa berakar kepada romantisme sejarah lalu.

Saeculum adalah perkataan Latin yang merupakan akar kata kepada perkataan ‘sekular (secular)’, yang kemudian berkembang menjadi idealogi sosial, ekonomi dan politik dunia yang sangat berpengaruh. Sekular mewujudkan manusia sebagai entiti yang beridentiti bipolar. Kehidupan terpisah daripada agama. Sebagai satu proses sejarah, sekular muncul dalam ketamadunan bandar (urban civilization) khususnya Barat, yang melihat kehidupan daripada sudut pandangan paling rasional. Maka sudut kehidupan beragama sering dianggap sebagai suatu di luar logik dan rasional. Dari sini agama sering dianggap sebagai elemen kemunduran dan ketertutupan pemikiran.

Di sini ‘Cinta’ secara sengaja dilihat menghilangkan rakaman ‘kehidupan beragama (Islam)’ masyarakat Melayu, yang merupakan teras kepada produksi budaya masyarakat Melayu. Budaya masyarakat Melayu adalah produk daripada kehidupan beragama (Islam) mereka. Jika ini dihilangkan, maka apakah rakaman kamera terhadap etnografi masyarakat Melayu dalam konteks verisimilitude benar-benar berlaku secara jujur? Adegan pasangan kekasih dan suami isteri meraikan hari bahagia mereka dengan gaya hidup Barat, dan minuman ala-champagne atau wine itu tentunya sesuatu yang keterlaluan dalam menggambarkan budaya masyarakat Melayu. Begitu juga seorang isteri yang boleh sahaja meninggalkan suaminya bila-bila masa tanpa merujuk kepada hukum syariat munakahat ataupun sebarang proses di mahkamah syariah, boleh dilihat sebagai gambaran yang palsu terhadap kehidupan budaya masyarakat Melayu. Paling buruk dua orang teruna dara boleh tinggal serumah di sebuah kawasan (setinggan) yang dihuni oleh majoriti masyarakat Melayu tanpa ditangkap khalwat atau menerima teguran daripada masyarakat – tentunya satu lagi gambaran palsu terhadap budaya masyarakat Melayu. Dan lakonan Amani yang bukan sahaja jelek, tetapi amat tidak senonoh dengan cara berpakaian dan lakon gerak yang ‘begitu gila’ untuk berpeluk dengan lelaki, adalah usaha untuk mengaburkan sempadan perlakuan devians dan perlakuan normal dalam budaya masyarakat Melayu. Dengan lakonannya yang dipaksa-paksa dan huru hara, Amani tidak lebih hanya sebagai alat ‘propaganda sekular’ dalam filem ini (agak meragukan bagaimana pelakon ini menerima anugerah pelakon terbaik?).

Islam adalah teras kepada budaya masyarakat Melayu, maka jika ia disembunyikan atau dihilangkan maka gambaran yang dipaparkan adalah palsu. ‘Cinta’ adalah gambaran palsu budaya masyarakat Melayu. Ia gagal wujud sebagai verisilimitude etnografi masyarakat Melayu. Dari sudut lain, ‘Cinta’ telah mengingkari konsep verisilimitude, lantaran gagal merakamkan hakikat budaya masyarakat Melayu yang beragama dan akhirnya lebih terlihat sebagai sebuah propaganda sekular.

Kesan daripada penjajahan, Malaysia muncul sebagai sebuah Negara-bangsa bermasyarakat majmuk. Sebuah Negara-bangsa harus berdiri daripada latar masyarakat homogenus. Maka sebuah cita-cita untuk melahirkan masyarakat homogenus hanya tercapai dengan wujudnya rakyat Malaysia yang tidak beridentitikan bangsa atau kaum – truly Malaysian. Lantaran itu wujudnya kelompok tertentu di Malaysia yang percaya bahawa metodologi ‘sekular’ adalah cara terbaik untuk menyatukan hubungan etnik di Malaysia dan melahirkan ‘the truly Malaysian’. Apatah lagi Islam yang dipropagandakan sebagai ‘jahat dan merbahaya’, dilihat adalah halangan kepada cita-cita ini. Dengan itu sebuah konsep tanpa agama (Islam) perlu dihadirkan untuk menarik semua etnik dalam masyarakat Malaysia menyertai hubungan harmoni ini. Maka sebuah masyarakat ‘truly Malaysian’ akan wujud dalam ikatan rasa sepunya iaitu – sekularisasi. Apabila sebuah filem yang ingin dirakam difikirkan harus dapat mengadakan suatu bentuk nilai sepunya untuk melibatkan semua golongan etnik ke dalamnya, maka beberapa elemen terpaksa disembunyikan. Paling penting untuk disembunyikan ialah kehidupan beragama masyarakatnya. Maka kamera itu kini sedang mencipta sebuah rakaman palsu etnografi masyarakat Melayu. Tanpa kehidupan beragama dan wujudnya norma-norma ‘imaginasi’ baru yang diinspirasi daripada suasana dan pemikiran Barat – liberal dan sekular.

Golongan yang percaya kepada metodologi sekular sebagai cita-cita pembinaan dan penyatuan masyarakat ini disebut sebagai golongan vernacular cosmopolitan. Mereka melihat perkembangan sejagat hari ini melalui perpekstif marginal. Mereka membesar di bandar kosmopolitan, terputus daripada akar tradisi dan keperibadian bangsa, dan hidup berdikari dalam semua segi. Dari sudut lain, mereka juga merupakan natural anarchist. Vernacular cosmopolitan ini merupakan produk daripada kolonialisme. Kerancuan budaya, tradisi dan agama akibat dibinasakan oleh penjajahan melahirkan produk dan golongan yang ‘tercedera’. Golongan ini hilang keyakinan terhadap keunggulan sejarah mereka, dan memiliki keinginan untuk membina keunggulan baru. Mereka memiliki cita-cita kehidupan demokratik yang bergerak daripada aliran pemikiran marginal dan minoriti. Dengan itu, mereka mempercayai sesuatu yang baru, rasional dan liberal harus diinstitusikan dalam masyarakat. Semua status qou dipandang sebagai tembok-tembok kemunduran yang membeku kehadiran kebijaksanaan dalam masyarakat. Malangnya, agama dan tradisi juga dianggap status qou yang menyekat kemajuan masyarakat. Maka itu, golongan ini memiliki kepercayaan dan cita-cita sekular yang teguh untuk menghadirkan nilai-nilai baru menggantikan nilai-nilai lama termasuk kehidupan agama!

Dan ‘Cinta’ menghilangkan Islam daripada kehidupan budaya masyarakat Melayu – kerana sebuah ‘imaginasi’ terhadap sebuah masyarakat Melayu yang baru – rasional, liberal dan sekular.

22 Comments:

Blogger Saharil said...

This comment has been removed by the author.

10:04 PM  
Blogger Saharil said...

This comment has been removed by the author.

10:05 PM  
Blogger Saharil said...

This comment has been removed by the author.

10:12 PM  
Blogger Saharil said...

saya berpendapat hampir sama, seusai menonton CINTA, saya rasa macam filem itu mahu menjadi orang putih.

CINTA, walaupun dengan sinematografi indah dan skrip mantap, tidak melambangkan realiti orang malaysia dan melayu apatah lagi islam. menyambut cinta ala hollywood dengan berdating dan dinner di tepi swimming pool, berlatar muzik okestra. jadi saya labelkan cerita ini sebagai fantasi.

p/s bagaimana rombongan PENA tempohari?

10:14 PM  
Blogger Saharil said...

This comment has been removed by the author.

10:15 PM  
Blogger ekspresi said...

aku tak sempat menonton filem ini. tapi melihat promonya aku dapat rasa ada yang tidak kena dengan filem ini.

1:54 AM  
Blogger smzakir said...

Untuk sdr Saharil,
Rombongan PENA selesai mengagihkan sumbangan seperti barang-barang makanan dan membersihkan rumah. Kami ke Parit Joyo 6, Seri Medan, Parit Sulong. Masa pergi sebahagian kampung ni masih tenggelam oleh banjir lagi. Penghulu dan orang2 kampung sangat baik. Kami cari kampung jauh yang orang politik dan orang nak cari glamor tak pergi, tapi benar-benar perlukan bantuan. Orang politik tak masuk sebab penduduk tak ramai, jadi undi sikit dan tak da publisiti. Tapi kg ni dan parit joyo 4 lah yang teruk kena banjir, sebulan ada kat penempatan. Terima kasih kepada orang2 yang tak mahu glamor tapi menolong dengan ikhlas spt Encik Hishamudin (Bhg. Sistam Maklumat DBP) dan rombongannya, Tn Haji Idris (pengetua Sek Sains Alam Shah) dan penuntut UPM bawah Dr. Kamariah. Ironinya penulis-penulis yang kononnya mulia, murni, agamawan, sebenarnya hampas, tak ada respon terhadap misi kemanusiaan. Penulis sastera di Malaysia pada hakikatnya hanya tahu bercakap kosong, mencerca orang yang tak mulia seperti mereka kononnya, mencari salah, memburukkan orang tapi diri mereka sebenarnya hampas yang tak banyak gunanya.

6:53 PM  
Blogger Maizura Mohd Ederis said...

Penulis sastera di Malaysia pada hakikatnya hanya tahu bercakap kosong, mencerca orang yang tak mulia seperti mereka kononnya, mencari salah, memburukkan orang tapi diri mereka sebenarnya hampas yang tak banyak gunanya.

Amboi Zakir, awak hentak kawan-kawan awak 'kaw-kaw' punya hentak, boleh terduduk dibuatnya!

5:53 PM  
Blogger Amir Mukhriz said...

Tulisan ini membuatkan saya kembali menilai Cinta, dengan kacamata yang berbeza. Terima kasih.

6:14 PM  
Blogger loppiess said...

setuju dgn sdr. ceritanya menarik, sekadar satu kelainan tetapi ada sesuatu yang hilang.

Ia bukan pantulan budaya, cuma cerita untuk berhibur.

11:58 PM  
Blogger ainishamsi said...

hmph..
assalammualaikum. terima kasih kerana memberikan pengertian terhadap elemen-elemen yang meragukan. memang benar, kita disogokkan dengan impian mereka yang tertentu.kelakar bukan? bukankah filem seharusnya cerminan budaya, bukannya filem yang membentuk budaya.

7:36 AM  
Blogger al-amin said...

Assalamualaikum..

Saya Muhammad al-amin, pelajar dari Kolej MARA
Banting sedang menyiapkan sebuah tugasan mengenai
Allahyarham Usman Awang. Saya dikehendaki mencari
petikan kata-kata dan pendapat para penulis tentang
Allahyarham Usman Awang. (Usman Awang Daripada Kaca
Mata Penulis Lain)

Saya berharap agar saudara dapat membantu saya
dengan memberikan sedikit pandangan saudara tentang
Allahyarham Usman Awang.

Saya boleh dihubungi di email
al_are@yahoo.com

Segala kerjasama daripada saudara saya dahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

7:13 AM  
Blogger Rasha_rz said...

Cinta, cintalah juga. Tapi filem kita budaya kita. Kalau ditayang kan di luar negara, orang sana akan menganggap betapa tidak beretikanya masyarakat kita. Duduk sebumbung seorang lelaki dengan seorang wanita tanpa ikatan yang sah dan tidak ada pula yang menegur dan membantah. Sehingga ke akhirnya, perbuatan salah tetap dipandang mulia - betapa agongnya cinta mereka. Yang menonton terus terlopong. Anak muda tersenyum senang. Indah sekali cinta mereka. Itu komen mereka. Dan akhirnya terus dicontohi...Wallahhualam....

10:42 AM  
Blogger Rasha_rz said...

selamat tahun baru. Semoga tahun ini lebih memberi cahaya dan kegembiraan

3:57 AM  
Blogger ainon mohd said...

Saya membaca blog saudara tetapi tidak meninggalkan komen, kecuali ini.

11:34 PM  
Blogger waterlily said...

Salam,
Pada mulanya saya nemang teruja dengan filem ini dan saya ada menulis mengenainya. Memang pada mulanya saya rasa ia adalah filem paling manis yang pernah saya tonton. Mungkin waktu itu saya melihat dari segi senimatografi. Tetapi terlepas pandang dari sudut budaya Melayu/Islam. Saya tertanya-tanya apakah itu budaya Melayu/Islam terkini. Saya masih tertanya-tanya apabila melihat sebilangan gadis Melayu membawa kuntuman ros pada setaip 14 Februari.

12:47 AM  
Blogger Pengecat Bintang said...

Bukankah Malaysia ketika ini berada di bawah lembangan kekeliruan yang amat parah?
Terima kasih pada penulis kerana telah serba sedikit menjernihkan kekeruhan akal di sini...
Semoga kita sentiasa di atas bentangan kebenaran Tuhan

'Jihad Terhadap Agama Batil'

3:34 PM  
Blogger kamalariffin said...

dasatnya kajian... dasatnya bahasa... kt malaysia kalo buat filem tak ada cinta... bole laku kaa...

kesian org filem

1:55 AM  
Blogger Muha Aziz said...

Salam
Mungkin saudara tidak ingat akan saya. Tapi saya pernah di bawah tunjuk ajar saudar di Gunung Senyum, Pahang bersama Amaruzzati

9:35 AM  
Blogger S.M. Zakir said...

Blog baru saya ialah http//smzakirsayapmatahari@blogspot.com

Blog ini saya tak boleh aktifkan lagi, hilang password dan tak dapat nak kesan balik.

7:20 AM  
Blogger Webmaster said...

Jom aktifkan diri anda di www.resthour.blogspot.com

2:32 AM  
Blogger umar_skyscooter said...

helo dan hai,...ingin mengetahu info yang sangat cun dan best giler,layarilah blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,ok thanks n bye

9:20 AM  

Post a Comment

<< Home