Friday, June 09, 2006

KETUANAN POLITIK MELAYU DAN KETUANAN EKONOMI CINA

Menariknya Majlis Bicara karya yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 31 Mac 2006 yang lalu ialah pandangan dan kupasan daripada dua orang ahli akademik yang cuba melihat isu yang mungkin cukup sensitif untuk diperkatakan ini, melalui sudut pandangan ilmiah. Dengan mengambil pendekatan ilmiah isu ini dapat dilihat dengan lebih jelas baik secara konseptual mahupun secara faktual.

Dr. Thock Ker Pong memperkatakan bukunya Ketuanan Politik Melayu: Pandangan kaum Cina terbitan Penerbit Universiti Malaya tentang ketuanan politik Melayu di Malaysia atau apa yang disebut sebagai Malay political supremacy/dominance. Buku yang terhasil daripada tesis Phd Thock ini mengambil model hegemoni Antonio Gramsci dalam membina kerangka pandangannya terhadap ketuanan politik Melayu. Dominasi politik Melayu yang ditunjangi oleh UMNO ditanggap sebagai hegemoni, iaitu dalam tafsiran Gramsci merupakan dominasi satu kumpulan terhadap kumpulan yang lain melalui satu kepimpinan yang berlandaskan moral dan intelektual yang dicapai dengan paksaan (coercion) mahupun persetujuan (consent). Hakikat kaum Melayu memiliki kekuasaan politik dan kaum Cina mempunyai kelebihan dalam bidang ekonomi meletakkan hubungan kedua-dua kaum ini bersifat persaingan. Thock mengutip kenyataan Shamsul Amri yang menyebut situasi hubungan kedua-dua kaum ini sebagai berada di dalam keadaan state of stable tension. Secara luaran atau permukaan ia adalah tenang namun di dalamnya bergolak perasaan-perasaan yang tegang. Lantaran itu sebahagian sarjana berpendapat bahawa kestabilan yang wujud di Malaysia ini sebenarnya rapuh. Bagi orang Cina ketuanan politik Melayu membuatkan kepentingan-kepentingan kaum Cina menjadi terhakis. Kaum Cina dikatakan mendepani politik penyisihan (politic of exclusion) dan merasakan mereka didiskriminasikan. Hal ini membuat pihak-pihak tertentu di dalam masyarakat Cina memprotes dan menentang dasar-dasar Negara yang pro-Melayu. Namun dari satu sudut masyarakat Cina menyedari bahawa kuasa politik kaum Cina baik di dalam BN mahupun pembangkang tidak berupaya untuk mengubah dasar-dasar Negara yang pro-Melayu. Hal ini membuatkan mereka berada di dalam kebuntuan dan mula bertindak melalui badan-badan persatuan, perkumpulan, dan NGO yang dirujuk sebagai Huatuan di dalam masyarakat Cina.

Ketuanan Melayu secara histriografinya bermula sejak penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang bertujuan untuk menubuhkan sebuah Negara Melayu. Ia kemudiannya telah diperkasa selepas tahun 1969 di tangan Tun Abdul Razak terutamanya dengan wujudnya DEB. Namun penrealisasian agenda politik Melayu mencapai kemuncaknya pada zaman Tun Dr. Mahathir yang dikatakan seorang nasionalis Melayu yang kuat. Keadaan pada zaman Mahathir memperlihatkan elit-elit politik Cina baik di dalam BN mahupun pembangkang kehilangan kuasa tawar menawar. Walaupun wujudnya percaturan di dalam MCA pada hujung dekad 80-an yang cuba membuat tentangan langsung terhadap ‘hegemoni’ politik Melayu secara drastik namun tindakan Mahathir yang tidak bertolak ansur telah menghentikan semua bentuk isu perkauman. Polisi pembangunan Negara pada dekad 90-an yang bersifat akomodatif dan berjaya mengembangkan ekonomi ke tahap yang luar biasa telah membuatkan perubahan dasar serta pendekatan ke arah cita-cita ekonomi dan bukan lagi sentimen politik kecinaan dalam perjuangan politik kaum Cina. Akhirnya masyarakat Cina terutamanya yang berada di dalam arus MCA menolak untuk berkonfrontasi dengan ‘hegemoni’ politik Melayu tetapi sebaliknya menumpukan kepada pendekatan untuk menjadi sebagai ‘model minoriti’ yang berjaya di dalam negarabangsa Malaysia.

Bagaimanapun masyarakat Cina masih tetap menyuarakan tuntutan-tuntutan yang mewakili kepentingan mereka melalui badan-badan bukan politik iaitu Huatuan atau persatuan besar. Tuntutan-tuntutan ini termasuklah memorandum yang menolak Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada Kongres Kebudayaan Cina di Pulau Pinang pada 1983, penetapan matlamat di dalam CRC (Civil Rights Committee) antaranya untuk memansuhkan perbezaan antara ‘bumiputera’ dan ‘bukan bumiputera’ pada tahun 1986, dan juga suqui (rayuan) yang dikaitkan dengan kepentingan eksklusif masyarakat Cina oleh 11 buah pertubuhan utama Cina pada tahun 1999.

Buku ini memberikan sudut pandang yang menarik terhadap hubungan sosiopolitik yang berlaku di Malaysia. Namun sepertimana yang disebut oleh Shamsul Amri Baharuddin dalam kupasannya terhadap buku ini, konsep yang dikemukakan tidak menepati gambaran sebenar situasi yang berlaku di Malaysia. Konsep hegemoni lebih merujuk kepada pertentangan antara kelas bukan persaingan etnik. Persoalan kelas yang boleh dikatakan memainkan peranan secara tersembunyi dalam persaingan etnik ini langsung tidak disentuh. Apabila ia melibatkan dasar-dasar ekonomi, kewujudan jurang antara kelas tidak dapat tidak turut memainkan peranan terhadap ‘situasi tegang’ yang mungkin wujud. Isu perkauman atau persaingan etnik adakalanya diprovokasikan dalam konteks menjaga ‘political survival’ elit-elit politik dan kepentingan kelas atasan.

Satu lagi isu menarik yang ditimbulkan dalam majlis wacana ilmu ini ialah kewujudan ketuanan atau hegemoni politik Melayu pada hakikatnya dibayangi oleh kewujudan ketuanan atau hegemoni ekonomi Cina. Masyarakat Melayu juga secara hakikatnya mengalami penyisihan daripada ruang ekonomi dan boleh juga dikatakan menghadapi ‘politic of exclusion’ dari sudut ekonomi oleh elit-elit ekonomi Cina dan kapitalis-kapitalis Cina. Dominasi ekonomi kaum Cina sama sahaja seperti dominasi politik Melayu juga menekankan pemusatan kepada penguasaan etnik. Ruang ekonomi di Malaysia sama juga dengan ruang politiknya iaitu bersifat orientasi etnik (etnic oriented). Maka jika berlaku (?) diskriminasi terhadap kepentingan kaum Cina maka juga adalah jelas berlakunya diskriminasi terhadap kepentingan ekonomi masyarakat Melayu di Malaysia. Masyarakat Cina menurut Shamsul Amri bukan merupakan golongan minoriti di Malaysia tetapi adalah golongan majoriti yang bersaingan (competing majority). Lalu dalam konteks sosiologinya tidak muncul persoalan diskriminasi terhadap golongan minoriti tetapi ia lebih dilihat sebagai persaingan antara golongan majoriti yang masing-masing mempunyai kelebihan tertentu.

Mitos yang berasas kepada Social Darwinism yang menyatakan bahawa sikap (rajin atau malas dll) manusia bergantung kepada sifat keturunan dan sifat demografinya tidak dapat diterimapakai dalam memperhalusi kegagalan masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi. Kedua-dua penguasaan terhadap politik dan ekonomi sebenarnya bergantung kepada kelebihan persekitaran semasa. Persekitaran politik Malaysia yang berasaskan kepada penubuhan sebuah Negara Melayu (asas daripada Perlembagan Persekutuan dan konsesi yang diberikan oleh kolonial Inggeris) memberikan kelebihan politik kepada masyarakat Melayu. Sebaliknya persekitaran taburan orang-orang Cina yang ramai di seluruh dunia dengan pasaran yang amat besar di China memberikan kelebihan dari sudut jaringan maklumat, pasaran dan pergerakan modal kepada masyarakat Cina. Ia tiada kena mengena dengan sifat malas atau rajin masyarakat Melayu atau Cina tetapi sebaliknya pengaruh daripada situasi semasa dan sifat masyarakat majmuk di Malayia yang berorientasi kaum tersebut yang memberikan kelebihan kepada penguasaan masing-masing. Namun kelebihan ini menjadi bahaya apabila sikap mementingkan golongan atau kaum dan kegemaran mencari serta meluas perbezaan terus menjadi amalan di Malaysia. Inilah yang banyak berlaku di dalam dialog dan wacana iaitu kepakaran memperbesarkan perbezaan seringkali menjadi tumpuan yang paling sensasi.

10 Comments:

Blogger violet said...

hye smzakir, saya adalah stud law ukm n doing a research on the issue of pembangunan eko dlm konteks hubungan etnik di malaysia. saya sgt tertarik dgn art saudara dan ingin bertanya jika saudara sudi berkongsi pendapat dan maklumat tentang isu ini.saya amat mengharapkan kerjasama saudara.trima kasih-ain

3:46 AM  
Blogger smzakir said...

Saya sedia berkongsi pandangan dan pendapat. emel saya smzakir90@hotmail.com.

9:25 AM  
Blogger jun said...

do you have any articles about the peranan pendatang cina dan india terhadap ekonomi tanah melayu sebelum tahun 1957? plz send it to kqj1991@gmail.com. Ribuan terima kasih!!

2:53 AM  
Blogger jun said...

do you have any articles about the peranan pendatang cina dan india terhadap ekonomi tanah melayu sebelum tahun 1957? plz send it to kqj1991@gmail.com. Ribuan terima kasih!!

2:53 AM  
Blogger jun said...

do you have any art about the peranan pendatang cina dan india terhadap ekonomi tanah melayu sebelum tahun 1957

2:53 AM  
Blogger badri said...

sy student uitm..
saudara mcm byk pengetahuan pasal msyarakat cina malaysia..
skrg tgh wat research psl peranan masyarakat cina dalam hbgn etnik..
if u ada apa2 artikel pasal benda ni..
plz do email me..
badrie2004@yahoo.com

12:43 PM  
Blogger badri said...

This comment has been removed by the author.

12:43 PM  
Blogger SleepingBeauty said...

salam 1 Malaysia...sy sedang mncari artikel ttg hubungan kaum semasa Prskutuan Tnh Melayu 1948, tapi xdapat bnyk mklumat sgt...klau encik ada info, tolong la bgtau sy ya..tq.

6:19 AM  
Blogger Mazia Syahrin said...

nama penuh smzakir nih siapa ye?

3:57 AM  
Blogger Mazia Syahrin said...

nama penuh smzakir nih siapa ye?

3:58 AM  

Post a Comment

<< Home